fbpx

11 Mei 2024, Kuala Terengganu - Selesai hari ini program bersama dengan komuniti di sekitar Cabang Tiga, Kuala Terengganu yang telah melibatkan seramai 20 orang peserta kanak-kanak yang mengikuti program kesedaraan dan kemahiran digital pengaturcaraan (coding). Program anjuran Impuls Inovatif dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Masjid Tok Ku ini merupakan satu inisiatif untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berkenaan dengan ilmu pengetahuan yang relevan dengan industri 4.0. 

Secara ringkasnya, program ini telah diadakan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi di Balai Raya Masjid Tok Ku, Cabang Tiga. Antara pengisian program adalah aktiviti praktikal mencipta animasi Scratch iaitu menggerakkan karakter menggunakan kefahaman algoritma. Selain itu, peserta juga telah diberikan demonstrasi bagaimana ilmu pengaturcaraan boleh digunakan untuk menggerakkan sistem automasi seperti robot.

Semoga sesi ini telahpun memberikan manfaat kepada para peserta. Terima kasih tidak terhingga kepada JPKK Masjid Tok Ku yang telah memberikan sokongan padu untuk menjayakan program ini.