fbpx

21 November 2024, Setiu – Bengkel Literasi Digital: Image and Video Editing telah diadakan di Wetland School of Setiu bersama komuniti ekopelancongan, di bawah program YSEALI. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran komuniti dalam menghasilkan kandungan kreatif untuk mempromosikan kegiatan pelancongan di Setiu Wetland, selari dengan objektif siri bengkel terdahulu.

Jurulatih kali ini, En. Ahmad Izuddin, pengasas Lior Farm yang berpengalaman luas dalam pemasaran dan penjenamaan, turut berkongsi ilmu dan pengalaman berharga beliau dengan para peserta, menjadikan bengkel ini lebih interaktif dan praktikal.

Kerjasama ini diharapkan dapat memperkasakan komuniti Setiu Wetland untuk memanfaatkan teknologi dalam usaha mereka memajukan sektor ekopelancongan.

#BinaKeyakinanDigital #EcoSWED #YSEALI #secmuprojek #setiuwetland #literasidigital