Enjin carian adalah seperti perpustakaan digital yang besar, tetapi untuk mendapatkan maklumat, anda perlu mencari maklumat berdasarkan kata kunci.
Contoh: Google Search, Microsoft Bing, Yahoo Search
🤖 Kecerdasan Buatan (AI) Generatif adalah seperti satu aplikasi rakan pintar yang boleh berfikir sendiri. Ia memahami pertanyaan anda dengan lebih mendalam dan memberikan jawapan yang lebih kreatif, mengambil kira konteks dan maksud sebenar soalan yang diajukan. Dengan kata lain, jawapan yang diberikan oleh aplikasi ini mungkin lebih jelas dan bermakna untuk pengguna.
Apa hubungkait antara Enjin Carian dengan Generative AI?
🚀 Enjin Carian memberi maklumat secara langsung (straight forward) dan memerlukan anda untuk menilai kualiti maklumat tersebut, AI Generatif menawarkan jawapan yang lebih relevan berdasarkan konteks soalan anda, lantas membantu anda memahami sesuatu isu dengan lebih baik atau memberi cadangan yang lebih kreatif.
Sebagai pengguna, kita perlu mengetahui bahawa kedua-dua aplikasi ini adalah berteraskan maklumat yang wujud di dalam pengakalan datanya.Â
Sekarang, telahpun wujud cara atau "update" sama ada dalam Enjin Carian mahupun Generative AI untuk menggunakan algoritma tindakan yang boleh menggunakan kelebihan Enjin Carian dan Generative AI secara sekaligus dalam satu masa.
Contohnya, dalam Enjin Carian, Generative AI digunakan untuk membantu pengguna menulis kata kunci dan menapis maklumat yang lebih relevan. Ini sudah tentu menjimatkan masa pengguna untuk menapis sumber maklumat yang berkaitan sahaja.
Dalam Generative AI pula, Enjin Carian digunakan untuk memahami konteks soalan, memberikan respon yang lebih relevan dengan masa kini dan juga mendapatkan maklumat yang lebih luas sebelum memberikan rumusan atau huraian yang sesuai untuk kefahaman pengguna.
Contoh: OpenAI ChatGPT, Google Gemini dan lain-lain.
🤔Seseorang yang mahir menggunakan Enjin Carian dan teknologi Generative AI dalam mencari maklumat sudah tentu mempunyai kelebihan apabila mencari maklumat.  Jom berinteraksi dengan AI Generatif untuk mendapat jawapan yang lebih kreatif dan menarik!