fbpx

Kuala Berang, 22 Oktober 2026 - Impuls Inovatif Enterprise menerusi inisiatif Bina Keyakinan Digital berbesar hati menerima jemputan daripada Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Kuala Berang untuk mengendalikan Program STEM dan Micro:bit yang melibatkan murid Tahap 1 dan Tahap 2.

Program ini berlangsung di Kompleks Tarbiah dan Tijarah, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu, Kuala Berang.

Sepanjang program, murid Tahap 1 menyertai aktiviti mewarna robot dan menghasilkan litar LED menggunakan pita kuprum, manakala murid Tahap 2 mengikuti sesi pembelajaran Micro:bit bagi meneroka asas pengaturcaraan dan teknologi digital secara interaktif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SRIDI Kuala Berang atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami.

Semoga program ini dapat menyemai minat, meningkatkan kreativiti serta memupuk keyakinan murid-murid untuk meneroka bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai persediaan menghadapi masa hadapan.

#binakeyakinandigital #STEMEducation #kualaberang #terengganu #impulsinovatif #microbit