fbpx
Kelas Mingguan Microbit 2026

Kelas Mingguan Microbit 2026

KELAS FIZIKAL: INOVASI & CODING UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH TAHAP 2
 
📢 Ibu bapa, masih mencari aktiviti bermanfaat untuk anak-anak pada hujung minggu?
 
Dunia semakin berkembang dengan teknologi digital. Persoalannya, adakah anak-anak kita sudah bersedia untuk menghadapi dunia yang memerlukan kemahiran dalam bidang komputer, pengaturcaraan dan teknologi?
 
Kami daripada Bina Keyakinan Digital akan mengadakan Kelas Fizikal Inovasi & Coding Micro:bit khas untuk murid sekolah rendah Tahap 2 yang ingin mula meneroka dunia koding dan robotik.
 
Melalui kelas ini, anak-anak bukan sekadar belajar menggunakan teknologi, malah berpeluang memahami cara teknologi berfungsi, membina projek sendiri dan mengasah kemahiran berfikir secara kreatif serta menyelesaikan masalah.
 
Siapa tahu, minat kecil yang dipupuk hari ini mungkin menjadi langkah pertama anak anda untuk lebih yakin menceburi bidang teknologi pada masa hadapan!
 
Apa yang anak anda akan pelajari?
✅ Pengenalan kepada Micro:bit
✅ Asas pengaturcaraan
✅ Litar elektronik dan penderia
✅ Projek eletronik
 
📌 Butiran kelas:
📅 Hari: Setiap Sabtu
⏰ Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Lokasi: Tok Jiring, Kuala Terengganu
 
👧🏻 Sasaran: Murid sekolah rendah Tahap 2
🎓 Tahap: Beginner
🗓️ Kekerapan: 4 kali kelas
💰 Yuran: RM180 (RM45/kelas)
 
Kit Micro:bit dan modul pembelajaran disediakan oleh pihak kami, termasuk sijil penyertaan.
Ayuh ambil peluang berharga ini untuk mula memperkenalkan mereka kepada dunia teknologi. Berikan mereka peluang untuk meneroka, mencuba dan membina keyakinan digital sejak awal.
 
Imbas kod QR pada poster atau klik link di bawah untuk pendaftaran!
 
📞 Sebarang pertanyaan, hubungi:
En. Mohd Hairy – 019-7027 381