Bina Keyakinan Digital di Sekolah KT & K. Nerus 2024
Pengenalan
Program Bina Keyakinan Digital kali ini dibawakan khusus untuk warga sekolah di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus untuk tahun 2024.
Dalam program ini, terdapat 2 modul yang ditawarkan iaitu:
- Modul Animasi dan Coding - Scratch
- Modul Pengaturcaraan Micro:bit
Butiran Modul:
Pilihan 1: Modul Animasi dan Coding - Scratch
Ringkasan Modul
- Scratch adalah sebuah platform pembelajaran pengaturcaraan yang mudah difahami oleh kanak-kanak dan belia yang baru mengenali dunia coding. Menggunakan Scratch para peserta boleh menghasilkan pelbagai jenis karya seperti animasi dan game.
- Mata pelajaran berkaitan: Asas Sains Komputer, Matematik, Sains, Teknologi Maklumat
- Kelab/Persatuan: Robotik, Inovasi, Rekacipta, Sains, dll yang berkaitan.
- Umur cadangan: bermula 10 tahun - 15 tahun
Panduan pendaftaran program:
(Skrol ke bawah untuk borang pendaftaran)
Tarikh | Atas ketetapan sekolah |
Lokasi | Sekolah (bilik tayangan,dewan,makmal,dll yang bersesuaian) |
Tempoh program | 1 jam (berdasarkan kesesuaian jadual sekolah) |
Jumlah Peserta | 30 orang maksimum |
Yuran | RM 190 sahaja per sesi (30 orang murid), sijil akan disediakan kepada peserta |
Pilihan 2: Modul Pengaturcaraan Micro:bit
Ringkasan Modul
- Kelas pengaturcaraan micro:bit mendedahkan kepada para peserta tentang penggunaan sebuah mikropengawal serba guna yang mesra pengguna iaitu micro:bit. Micro:bit popular digunakan sebagai papan elektronik untuk pemula dalam kalangan kanak-kanak dan belia.
- Mata pelajaran berkaitan: Reka Bentuk Teknologi, Asas Sains Komputer, Matematik, Sains, Teknologi Maklumat.
- Kelab/Persatuan: Robotik, Inovasi, Rekacipta, Sains, dll yang berkaitan.
- Umur cadangan: bermula 10 tahun - 15 tahun
Panduan pendaftaran program:
(Skrol ke bawah untuk borang pendaftaran)
Tarikh | Atas ketetapan sekolah |
Lokasi | Sekolah (bilik tayangan,dewan,makmal,dll yang bersesuaian) |
Tempoh program | 2 jam (berdasarkan kesesuaian jadual sekolah) |
Jumlah Peserta | 30 orang maksimum |
Yuran | RM 390 sahaja per sesi (30 orang murid), sijil akan disediakan kepada peserta |
Butiran Yuran
Nama modul | Yuran | Penerangan |
Animasi dan coding Scratch | RM 190 per sesi |
|
Pengaturcaraan Micro:bit | RM 390 per sesi |
|