Cipta Inovasi & Coding Dengan Microbit 13 Jan 2024
Tahukah anda bahawa kemahiran coding atau pengaturcaraan adalah salah satu kemahiran yang akan menjadi kemahiran umum pada masa akan datang?
Banyak aktiviti pembelajaran di negara maju telah memasukkan elemen celik IT dan teknologi sebagai sebahagian daripada pendidikan seperti asas menggunakan komputer, keselamatan siber dan juga Pemikiran Komputasi (melalui Coding).
Jom jangan ketinggalan untuk memberikan peluang kepada generasi muda, anak-anak dan remaja kita untuk turut mendapatkan ilmu pengetahuan relevan dengan perubahan teknologi masa kini melalui program berikut:
Tajuk: Cipta Inovasi & Coding Dengan Microbit
Tarikh: 13 Januari 2024 (Sabtu)
Masa: 8:00 malam - 10:00 malam
Platform: Zoom Meeting (Link akan diberikan sebelum kelas)
Yuran: RM 20/pax sahaja
Butiran Program
Micro:bit merupakan sebuah peranti eletronik yang boleh diprogramkan menjadi pelbagai projek inovasi elektronik.
Keistimewaan micro:bit adalah ianya ianya sangat ringkas dan mudah digunakan untuk semua peringkat umur kerana ianya memang dicipta untuk tujuan pembelajaran terutama dari kalangan kanak-kanak dan remaja!
Kandungan pembelajaran:
- Menggunakan Makecode untuk membuat simulasi micro:bit
- Mengikuti aktiviti menghasilkan coding Micro:bit bersama built-in LED
- Mengikuti aktiviti menghasilkan coding Micro:bit bersama Sound Sensor
- Mengikuti aktiviti menghasilkan coding Micro:bit bersama Servo Motor
Bonus:
Sekiranya anda mempunyai peranti micro:bit, anda juga boleh gunakan semasa kelas sedang berlangsung untuk diaplikasikan terus terhadap peranti anda!
[Pendaftaran ditutup]