Cipta Poster Infografik Geografi & Cuaca di Malaysia 2024
Pengenalan
Malaysia mengalami perubahan cuaca yang unik sepanjang tahun. Perubahan cuaca di Malaysia juga banyak dipengaruhi oleh fenomena peralihan Monsun Tropika yang akan mempengaruhi cuaca seperti cuaca hujan dan panas di Malaysia.
Tentunya, iklim di Malaysia turut mempengaruhi pelbagai faktor geografi seperti budaya, bencana alam, flora dan fauna serta kegiatan ekonomi setempat. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara hutan hujan tropika yang sangat kaya dengan kepelbagaian dari banyak aspek.
Dalam program kali ini, para peserta akan menterjemahkan ilmu pengetahuan Geografi yang dipelajari menjadi satu poster infografik yang menarik yang boleh digunakan untuk menyebarkan kesedaran dan maklumat tentang cuaca dan iklim di Malaysia.
Antaranya seperti, ramalan cuaca, kebudayaan setempat dan juga perkongsian fakta menarik tentang Malaysia menerusi kacamata Geografi.
Dengan kata lain, program ini menggabungkan pengetahuan Sains dengan Kesenian Digital untuk menceritakan fakta unik kepada masyarakat.
Kandungan Program
Jom sama-sama sertai program ini untuk mempelajari cara bagaimana untuk menghubungkaitkan fakta-fakta Sains Geografi dengan kemahiran kesenian digital dengan mencipta sebuah poster infografik menarik menggunakan Canva. Dalam program ini, para peserta juga akan diperkenalkan dengan laman web METMalaysia iaitu laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia yang mempunyai pelbagai data dan maklumat tentang perubahan cuaca di Malaysia.
Secara ringkas modul pembelajaran adalah seperti berikut:
- Menggunakan Canva untuk menghasilkan poster
- Menggunakan laman web METMalaysia untuk mencari maklumat yang berkaitan
- Mengumpulkan maklumat yang sesuai untuk diterjemahkan kedalam bentuk grafik
- Menggunakan elemen kesenian digital untuk mempamerkan maklumat secara menarik dan interaktif
Butiran Program
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 27 April 2024 (Sabtu)
Masa: 2:30 pm - 4:30 pm (2 jam)
Platform: Zoom Online Meeting (Link akan diberikan sebelum kelas berlangsung)
Yuran: RM 40/pax sahaja
Cadangan umur:
Program ini sesuai untuk para peserta yang berusia daripada 13 tahun sehingga 15 tahun yang sedang mengikuti subjek Geografi di sekolah.
Kelebihan program:
✅ Menghubungkaitkan pembelajaran bilik darjah dengan Kemahiran Digital
✅ Memberikan kemahiran kepada para peserta untuk mengasah kemahiran mencari maklumat yang sahih dan absah.
✅ Boleh menghasilkan maklumat Saintifik yang tepat dan sesuai untuk dikongsi dengan masyarakat.
Apa yang akan peserta perolehi daripada program ini?
✅ Sijil penyertaan
✅ Video rakaman kelas
✅ Nota pembelajaran
Daftar sekarang di borang di bawah:
Proses pembayaran adalah melalui link payment gateway Billplz yang akan diberikan kepada pelanggan.