Coding Class For Kids: Roblox Studio Malaysian Day
Selami Dunia Game Development Bersama Roblox Studio!
Program ini direka khas untuk kanak-kanak yang ingin meneroka ilmu pengaturcaraan dan sains komputer melalui dunia serba menarik Roblox Studio.
Apa yang Menarik Tentang Modul Ini?
Roblox bukan sekadar platform permainan biasa—ia adalah platform digital di mana kreativiti bertemu dengan teknologi. Roblox Studio menawarkan peluang kepada kanak-kanak yang ingin mengasah bakat dalam Game Development dengan mencipta dunia permainan 3D mereka sendiri.
Peserta akan dapat:
- Meluahkan kreativiti tanpa batasan dengan memasukkan karakter, prop, peraturan, dan cabaran unik.
- Mengasah kemahiran pengaturcaraan dan pemikiran komputasi sambil mencipta permainan yang menyeronokkan.
- Menerapkan elemen keunikan budaya Malaysia dalam permainan mereka!
Butiran Kelas:
- Tarikh: 28 September 2024 (Sabtu)
- Masa: 10:00 pagi – 1:00 petang
- Platform: Zoom Online Meeting
- Cadangan Umur: 12-15 tahun
- Bahasa pengantar: BM
Apa yang Akan Dipelajari?
- Cipta Dunia 3D: Bangunkan dunia permainan anda sendiri bertemakan "Malaysian Day Obby Obstacle".
- Pengaturcaraan Asas: Pelajari asas pengaturcaraan menggunakan Roblox Studio.
- Uji & Terbitkan: Ketahui cara untuk menguji dan menerbitkan permainan ciptaan anda!
- Sentuhan Malaysia: Tambahkan elemen Malaysia yang unik ke dalam permainan anda.
Keperluan untuk Sertai Kelas Ini:
- Perkakasan: Laptop/PC dengan sambungan internet yang stabil.
- Alat Tambahan: Penggunaan Mouse sangat digalakkan untuk pengalaman terbaik.
- Perisian Diperlukan:
- Roblox
- Roblox Studio
- Akaun Roblox: Pastikan anda telah mendaftar dan mempunyai akaun Roblox aktif.
- Keperluan Sistem Operasi:
- Windows: Versi 7 dan ke atas
- MacOS: Versi 10.13 dan ke atas
- Processor: Minimum 1.6GHz
- RAM: Minimum 4GB
- Ruang Hard Disk: Minimum 10GB
Bersedialah untuk perjalanan pembelajaran yang penuh keseronokan dan kreatif.
Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti pencipta permainan muda yang inovatif!