Jom Belajar Asas Coding HOC Julai 2024
JOM BELAJAR ASAS CODING
[SKROLL KE BAWAH UNTUK BORANG PENDAFTARAN]
Dalam era digital yang berkembang pesat, pemahaman asas coding adalah sebuah keperluan!
Hour of Code membuka pintu kepada dunia teknologi bagi anak-anak kita dengan program khusus yang dirancang untuk memperkenalkan mereka kepada asas-asas pengaturcaraan.
Tarikh: 19 Julai 2024 (Jumaat)
Masa: 3:00 pm - 4:00 pm (1 jam)
Platform: Youtube Live Streaming
Cadangan umur: 10-15 tahun
Yuran : PERCUMA
Ringkasan Modul:
Scratch adalah sebuah platform pembelajaran pengaturcaraan yang mudah difahami oleh kanak-kanak dan belia yang baru mengenali dunia Sains Komputer. Menggunakan Scratch para peserta boleh menghasilkan pelbagai jenis karya seperti animasi dan game.
Dalam program Jom Belajar Asas Coding: Hour of Code, peserta akan bersama-sama mengikuti tutorial pengenalan kepada Scratch melalui aktiviti praktikal yang boleh diikuti bersama dengan tutor yang membimbing.
Aktiviti ini disuaikan untuk kefahaman peringkat beginner terutama para pelajar yang baru ingin bermula mempelajari tentang dunia Sains Komputer.
Program ini memerlukan peserta untuk mengikuti sesi daripada peranti Laptop/PC kerana sesi aktiviti memerlukan peserta untuk menggunakan platform Scratch.
Mata pelajaran berkaitan: Asas Sains Komputer Matematik, Sains, Teknologi Maklumat
Kelab/Persatuan: Robotik, Inovasi, Rekacipta, Sains, dll yang berkaitan.
Daftar Sekarang di: https://tinyurl.com/hocjul2024 (Pautan akan bawa anda ke halaman pendaftaran)
Kelebihan Menghadiri Hour of Code:
✅ Pengenalan kepada konsep-konsep coding
✅ Pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan dan mesra kanak-kanak
✅ Interaksi dengan tutor yang berpengalaman
✅ Peluang untuk anak anda membangun kemahiran penting abad ke-21
Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan sebagai penghargaan usaha dan pembelajaran mereka.
Jangan lepaskan peluang ini untuk melengkapkan anak anda dengan skil penting untuk masa depan mereka. Tempat adalah terhad!
PENDAFTARAN TELAHPUN DITUTUP.
TERIMA KASIH.