Kelas Scratch Kitaran Air Oktober 2024
Kelas Coding Kanak-Kanak: Projek Scratch (Kitaran Air)
Serlahkan Kreativiti Anak Anda Melalui Projek Coding bertemakan Sains!
Jom sertai kelas coding Scratch bertemakan konsep Sains dalam alam semulajadi iaitu Kitaran Air, di mana anak anda akan belajar mencipta animasi sambil memahami konsep kitaran air secara interaktif.
Scratch ialah platform coding yang direka khas untuk kanak-kanak dengan memperkenalkan Kemahiran asas sains computer seperti pengaturcaraan dengan menggunakan block programming.
Butiran Program:
Tarikh: 1 Oktober 2024 (Selasa)
Masa: 8:30 PM - 9:30 PM
Platform: Zoom (Online)
Umur Disyorkan: 10-15 tahun
Yuran: RM 15/pax
Apa yang Mereka Akan Pelajari:
Dalam sesi ini, peserta akan dibimbing untuk mencipta projek Scratch yang menampilkan pelbagai fasa kitaran air. Antara isi kandungan pembelajaran termasuk menambah gambar dalam Scratch, mencipta kod animasi dan juga menambahkan audio. Anak anda akan belajar sambil meneroka konsep sains dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.
Kenapa Anak Perlu Sertai:
- Belajar coding Scratch dengan tema Sains kitaran air
- Menghubungkait dengan subjek lain seperti Sains dan Matematik
- Suasana pembelajaran yang santai dan mesra kanak-kanak
- Bimbingan dari tutor berpengalaman dalam bidang coding untuk kanak-kanak
- Anak anda akan mendapat asas kemahiran digital yang penting untuk masa depan.
- Sijil penyertaan diberikan selepas tamat kelas
- Rakaman kelas dan nota akan disediakan untuk rujukan lanjut selepas program.
Daftar sekarang dan berikan peluang kepada anak anda untuk belajar sambil berseronok!