Animasi Scratch 3.0 (Pengalaman 2023)
Ringkasan Modul
Dalam projek ini, peserta bekerjasama dalam kumpulan (3-5 orang) untuk menghasilkan sebuah animasi menggunakan Scratch platform. Tajuk animasi tersebut adalah "Pengalaman sepanjang tahun 2023" di mana, peserta mempamerkan animasi-animasi menarik yang menceritakan pengalaman manis mereka sepanjang tahun 2023. Menggunakan kemahiran pemikiran komputasi, peserta perlu menyusun jalan cerita dan menghubungkaitkan dengan kemahiran pengaturcaraan (coding) untuk diterjemahkan dalam animasi yang berfungsi seperti jalan cerita.
Tempoh masa
Keseluruhan aktiviti mengambil masa selama 3 jam.
Subjek yang berkaitan
Project Based Learning menggunakan beberapa pengetahuan dan kemahiran subjek seperti;
- Reka Bentuk Teknologi
- Matematik
- Teknologi Maklumat & Komunikasi
- Asas Sains Komputer
- Pendidikan Seni Visual
- Bahasa Malayu
- Bahasa Inggeris
Sumber dan Penggunaan Peralatan
Tinkercad.com | PC/Laptop | Internet (sekiranya ada) |
Ringkasan Pelaksanaan:
Proses | Tempoh masa (minima) | Aktiviti utama | Subjek Berkaitan |
Pengenalan Scratch | 30 minit | Peserta didedahkan/ulang kaji fungsi Scratch. | Reka Bentuk & Teknologi, Teknologi Maklumat & Komunikasi |
Rekaan jalan cerita | 15 minit | Peserta merangka jalan cerita animasi yang akan dihasilkan. | Reka Bentuk & Teknologi, Teknologi Maklumat & Komunikasi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual |
Menterjemahkan jalan cerita kepada coding Scratch | 90 - 120 minit | Peserta menggunakan aplikasi Scratch untuk menyusun kod arahan mengikut jalan cerita. |
Reka Bentuk & Teknologi, Teknologi Maklumat & Komunikasi, Asas Sains Komputer, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik |
Pembentangan animasi secara berkumpulan | 15 minit | Peserta berkongsi animasi yang telah dihasilkan kepada rakan sekelas untuk berkongsi aspirasi projek masing-masing. |
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |