17 Disember 2023 - Telah berlangsung sebuah program cuti sekolah yang dianjurkan khusus kepada para remaja dan belia yang tinggal di sekitar Wakaf Tembesu, Kuala Nerus Terengganu. Program ini adalah sebuah bengkel bertajuk "Bengkel Coding & Robotik" yang mengetengahkan kemahiran digital yang relevan dengan Industri 4.0 seperti pengaturcaraan dan robotik dalam kalangan generasi muda.
Program ini telah diadakan di Dataran Austin, Wakaf Tembesu, Terengganu pada 17 Disember 2023, bermula 9:00 pagi sehingga 3:00 petang. Program yang mengambil masa selama 6 jam ini turut memberikan peluang kepada para ibu bapa untuk mengisi masa anak-anak mereka dengan perkara yang berilmiah yang unik dan selaras konteks pembelajaran masa kini.
Bengkel ini dimulakan dengan sesi pendaftaran di mana, para peserta yang hadir akan menerima beberapa item sepert fail, nota dan juga lanyard sebagai tanda penyertaan mereka.
Setelah itu, para peserta memulakan sesi pembelajaran dengan tutor En. Hadi dan juga Cik Nabilah yang menerapkan pengetahuan dan kemahiran membina carta alir dan memahami konsep pemikiran komputasi melalui aktiviti melukis carta alir.
Para peserta kemudian diberikan waktu rehat sebentar untuk menikmati sedikit kudapan ringan sebelum meneruskan semula sesi pembelajaran mereka untuk mengaturacara kit robotik Zoom:bit.
Peserta rehat pada waktu tengah hari untuk menikmati juadah makan tengah hari dan juga bersolat Zohor secara berjemaah.
Sesi terakhir iaitu pada waktu petang diakhiri dengan sesi menguji kit robotik menggunakan sensor jarak iaitu Ultrasonic Sensor.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta dah tahniah kepada semua terutama ibu bapa kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk membimbing anak-anak dalam program #BinaKeyakinanDigital untuk membolehkan generasi muda lebih berdaya saing pada masa hadapan.