14 Disember 2023 - Alhamdulillah, wakil Impuls Inovatif, Encik Syed Abdul Hadi telah dijemput untuk menyertai sebuah program inovasi anjuran UiTM Kuala Terengganu sebagai Panel Penilai untuk persembahan projek para pelajar mahasiswa.
Program ini adalah anjuran Kolej Pengajian Pengkomputera, Informatik & Matematik UiTMCTKKT dengan kerjasama Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) UiTMCTKKT melalui platform kursus Technology Entrepreneurship (ENT600) bagi UiTMCT Kampus Kuala Terengganu dan UiTMCT Kampus Bukit Besi.
Antara inovasi yang telah dicipta oleh para pelajar adalah bertemakan inovasi kelengkapan harian, keselamatan, kesihatan, makanan dan juga konsep teknologi pada masa akan datang seperti virtual reality.
Kami yakin dan percaya, para mahasiswa telah menggunakan dan menghubungkaitkan pelbagai aspek pengetahuan dan kemahiran seperti pengaturcaraan, user interface, product reliability, dan juga market research untuk mencipta produk-produk prototaip yang ditonjolkan.
Kami yakin dengan bimbingan para pensyarah, bakat yang ditunjukkan oleh para peserta akan dapat digarap seterusnya dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.
Terima kasih kepada semua warga UiTM Kuala Terengganu, rakan-rakan strategik dan juga yang diraikan para pelajar mahasiswa atas peluang yang diberikan. Kami mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar mahasiswa yang telah menunjukkan setinggi-tinggi usaha, kreativiti dan juga komitment dalam program ini.