Marang, 7 Januari 2025 – Satu sesi demonstrasi interaktif mengenai coding, robotik, dan 3D printing telah diadakan di SK Bukit Gasing bagi memperkenalkan murid-murid kepada teknologi digital dan inovasi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan praktikal.
Sepanjang sesi ini, murid-murid diberikan taklimat dan penerangan mengenai asas pengaturcaraan, robotik, serta teknologi percetakan 3D. Selain itu, aktiviti interaktif seperti kuiz turut diadakan bagi menguji pemahaman mereka, di mana pemenang bertuah berpeluang mencuba sendiri demonstrasi robotik dan 3D printing di hadapan rakan-rakan mereka.
Program ini mendapat sambutan positif daripada murid-murid dan guru-guru yang hadir. Mereka menyifatkan sesi ini sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan serta mampu membuka minda murid kepada peluang masa depan dalam bidang teknologi. Inisiatif sebegini diharapkan dapat terus diperluaskan bagi melahirkan generasi celik digital yang berdaya saing.
\