fbpx

26 April 2025, Kuala Terengganu – Seramai 9 peserta berumur 10–15 tahun telah menyertai Bengkel Pengaturcaraan Robotik anjuran TD1303 bertempat di Talkspace, TD1303. Program ini memberi pendedahan awal kepada dunia robotik melalui penggunaan kit Zoom:bit berasaskan Micro:bit, melibatkan aktiviti seperti asas pengaturcaraan, penyelesaian masalah, kerja berpasukan dan penerapan konsep STEM.

Bengkel ini bertujuan membina kemahiran digital abad ke-21 dan memupuk keyakinan generasi muda terhadap teknologi masa depan selari dengan keperluan Industri 4.0.

Pihak fasilitator merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa dan penganjur atas sokongan menjayakan inisiatif ini.