fbpx

1 Julai 2025, Marang - Kami berbesar hati menerima jemputan untuk bekerjasama dalam Program SciTech4U STEM Camp MOSTI 2025, yang dianjurkan bersama oleh TD1303, Politeknik Kuala Terengganu, dan SK Bukit Gasing.

Dalam program ini, pasukan kami diberi kepercayaan untuk mengendalikan modul "Coding with Micro:bit" yang melibatkan seramai 30 orang murid di SK Bukit Gasing. Modul ini bertujuan memperkenalkan asas pengaturcaraan melalui pendekatan yang menyeronokkan dan interaktif, selaras dengan hasrat memperkasakan generasi muda dalam bidang STEM.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Semoga program ini membawa manfaat yang berpanjangan dan menyemarakkan minat pelajar terhadap dunia sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

#BinaKeyakinanDigital #microbit #stemeducation #coding