3 Julai 2025, Kuala Nerus - Kami telah bekerjasama dengan Pusat Asasi Sains UMT dan SK Kesom dalam menjayakan Program SciTech4U STEM Camp MOSTI 2025 yang berlangsung di Dewan Seminar, UMT Convention Centre.
Dalam program ini, terdapat dua modul utama iaitu Asas Pengaturcaraan Micro:bit dan Robotik Zoom:bit dengan penyertaan seramai 100 orang murid dari SK Kesom. Sesi ini memberi pendedahan langsung kepada peserta mengenai asas pengaturcaraan dan kejuruteraan robotik dalam suasana yang menyeronokkan dan praktikal.
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua rakan kolaborasi yang menjayakan program ini. Semoga pengalaman dan ilmu yang dikongsikan menjadi pencetus kepada minat yang lebih mendalam dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan peserta muda.
#BinaKeyakinanDigital #ImpulsInovatif #SciTech4U #MOSTI2025 #UMT #SKKesom #STEMTerengganu #Microbit #ZoomBit #DigitalFuture #STEMCamp #EducationEmpowers