fbpx

Adakah anda tahu kelajuan menaip anda? Secara purata, seseorang menaip dengan kelajuan 50-60 perkataan setiap minit (wpm). Namun, bergantung kepada kebiasaan dan kemahiran seseorang, ada individu yang mampu menaip dengan lebih pantas, mencecah sehingga 90 perkataan seminit atau lebih.

APA MAKSUD DISEBALIK KELAJUAN MENAIP?

Kelajuan menaip seseorang ditentukan oleh banyak faktor. Individu yang mampu menaip pantas membolehkannya menyiapkan penulisan atau kerja menaip dengan lebih cepat, meningkatkan produktiviti. Dalam konteks kerjaya, kemahiran menaip merupakan satu kelebihan yang berharga.

Di sisi lain, melatih kemahiran menaip membolehkan seseorang mengasah keupayaan otak dan fokus, teliti, serta memiliki kemahiran multitasking. Ini kerana menaip memerlukan daya fokus dan memori untuk menaip berdasarkan ingatan tentang kedudukan butang kekunci pada papan kekunci.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT UJIAN KELAJUAN MENAIP?

Terdapat banyak kaedah dan laman web yang boleh digunakan untuk menguji kelajuan menaip. Salah satunya ialah menggunakan laman web seperti https://www.typing.com/student/tests. Di sini, anda boleh memilih jenis ujian dan tempoh bermula dari 1 hingga 5 minit.

BEBERAPA FAKTA MENARIK TENTANG KEMAHIRAN MENAIP

  1. Susunan papan kekunci QWERTY sebenarnya dicipta untuk mengelakkan mesin taip pada zaman dahulu daripada tersekat kerana penaip yang menaip dengan pantas menyebabkan tuil mesin taip terlanggar antara satu sama lain.
  2. Kelajuan menaip terpantas dalam susunan papan kekunci QWERTY adalah 212 patah perkataan seminit, dicatat oleh Barbara Blackburn.
  3. Di peringkat antarabangsa, terdapat pertandingan untuk mencari penaip terpantas seperti TextBlade Typing Tournament dan Ultimate Typing Championship.

RUMUSAN
Penggunaan gajet dan peranti digital seperti telefon pintar dan laptop memerlukan kemahiran menaip. Ilmu untuk memahami abjad, susunan papan kekunci, setting Bahasa dan susun atur, penggunaan emoji, dan kebijaksanaan menaip perkataan berdasarkan konteks seperti perkataan singkatan merupakan kemahiran digital penting yang perlu ada dalam kalangan generasi muda kini.

Kemahiran menaip adalah pemangkin dan pemudahcara kepada kemahiran digital lain. Oleh itu, memiliki kemahiran menaip yang baik merupakan satu kelebihan yang akan meningkatkan KEYAKINAN DIGITAL seseorang.