fbpx

Dalam era digital kini, tingkah laku dan rutin harian masyarakat berubah. Ramai orang yang menggunakan teknologi, tidak kira umur, tua dan muda. Terutamanya teknologi seperti media sosial, messaging apps dan juga aplikasi berkaitan. Tidak dinafikan mudahnya dan banyaknya kelebihan teknologi tersebut sehingga menarik banyak minat dari segenap manusia.

PEPATAH mengatakan: Ada gula ada semut. (Bermaksud sesuatu yang baik pasti akan menarik ramai orang.) Namun awas, disetiap perkara pasti ada sisi bahagian kelemahan dan keburukan yang perlu kita semua sedari dan ambil pengajaran. Setiap bunga ada durinya. Di mana ada api, di situ ada asapnya.

Pengguna media sosial terutamanya perlu mengambil cakna akan realiti ini, kerana kebelakangan ini, kita dapati kita perlu lebih bijiaksana dalam menggunakan teknologi media sosial. Mari kita teliti salah satu gejala sosial yang telahpun menular dalam kalangan masyarakat melalui media sosial ini.
 
GEJALA CYBERBULLYING
CYBER BULLYING atau Buli Siber merupakan satu tingkah laku yang berlaku dalam dunia maya samada mellaui teks, imej , video atau apa sahaja medium dengan bertujuan untuk memalukan, mengugut atau menjejaskan mental seseorang.
 
Banyak kesan buruk yang boleh berlaku disebabkan oleh Buli Siber, terutamanya kepada mangsa buli seperti rasa rendah diri, membahayakan diri sendiri, dan perubahan dalam personaliti.
 
Bersama-sama kita cegah gejala buli siber melalui:
  1. TIDAK berkongsi maklumat peribadi secara online.
  2. BERHATI-HATI dengan Nada dan niat mesej yang ingin disampaikan agar tidak disalah tafsir.
  3. ELAKKAN menyebarkan mesej yang mencurigakan dan berunsur negatif dan kata-kata kesat.
  4. ABAIKAN mesej yang ditulis oleh pembuli.
  5. TINGGALKAN seketika sosial media untuk mengelakkan gangguan berterusan.
  6. Menggunakan kata-kata dan mesej dengan cermat dan harmonis agar tidak memberikan provokasi kepada orang lain.
  7. Menilai apa sahaja maklumat yang diterima dengan telus dan hati-hati dan tidak tergopoh-gopoh untuk bertindakbalas.
  8. Tinggalkan perbualan yang berisiko meningkatkan provokasi dan ancaman kata-kata kurang menyenangkan.
Sekiranya gangguan buli berterusan dan bertambah serius, anda boleh SCREENSHOT mesej tersebut dan membuat tindakan undang-undang seperti:
  1. Membuat laporan polis
  2. Membuat aduan di saluran yang disediakan dalam platform media sosial.
  3. Membuat aduan dan meminta nasihat daripada agensi dan badan penguatkuasa yang berkaitan.
 
Semoga kita semua akan dapat menggunakan teknologi digital yang wujud dengan lebih cermat dan selamat.
 
Sebahagian kandungan diolah semula daripada https://klikdenganbijak.my/bm/buli_siber.php