fbpx

Teknologi "Digital" merupakan salah satu teknologi yang bermanfaat kepada manusia, yang mana ianya telah mengubah banyak aspek kehidupan manusia moden. Gaya hidup manusia berubah dengan banyak dengan adanya teknologi-teknologi baharu. 

Maksud "Digital"

Perkataan Digital sebenarnya mempunyai banyak maksud. Jika dikaji, perkataan digital mula-mula digunakan untuk merujuk kepada anggota badan iaitu jari-jemari (dalam bahasa inggeris, anatomi: digits). Jari-jemari juga digunakan untuk mengira, i.e. 1,2,3,4,5-10 dan seterusnya. Dari situ, membilang dan menetapkan nilai angka pada sesuatu menggunakan jari-jemari dinamakan dengan istilah "digits-al ~ digital". Dan begitulah istilah digits turut digunakan dalam bidang matematik, nilai digit.

Which other animals have digits like humans? - Quora

 

Counting Numbers with Fingers


Seterusnya, iaitu penciptaan peralatan dan mesin bermula dari mesin analog, kita semua sedia maklum bahawa mesin pengiraan juga pada mulanya berasaskan nombor; sistem binary - iaitu 0 dan 1. Pembangunan teknologi yang lebih kompleks membawa kepada penciptaan mesin dan peralatan yang berasaskan digital (sistem bernombor) seperti komputer di mana sistem binary dalah "bahasa asli" sistem dan aplikasi teknologi moden zaman sekarang.

Numbers up to 4-Digits - Decompose, Tips and tricks | 4 Digit Numbers

Binary Code Program Digits on Digital Computer Monitor Screen - 1080p,  Stock Video - Envato Elements

 

Digital dalam konteks masa kini

"Digital", dalam konteks aplikasi teknologi, merujuk kepada teknologi yang berasaskan komputer dan yang seangkatan dengannya (teknologi yang berteraskan pemprosesan data dan nombor). Maklumat-maklumat atau apa sahaja yang direkodkan, diproses dan dikeluarkan oleh sebuah "pemproses maklumat" pada dasarnya adalah nilai nombor.

Teknologi juga berubah dan kaedah memproses maklumat berkembang dan wujudlah teknologi-teknologi yang ada pada zaman sekarang seperti smartphone, internet, Internet of Things, network, cloud, dan sebagainya. 

Peralatan Digital

Apabila sesorang ingin menceburi bidang yang menggunakan teknologi digital, maka dia perlulah mengetahui dan menguasi peralatan atau platform digital yang berkenaan dengan bidang tersebut pada tahap yang tertentu. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, dunia seharian yang memerlukan manusia untuk menggunakan peralatan atau platform digital tersebut. Antaranya adalah seperti smartphone, komputer, peranti pengawal seperti remote control. Termasuk juga peralatan atau platform abstrak seperti perisian, aplikasi, internet, media sosial, sistem pengurusan dan apa sahajalah yang berkenaan. Tidak dapat tidak, manusia perlu menggunakan salah satu peralatan digital minimal.

Penguasaan Kemahiran Digital Dalam Masyarakat

Namun, diketahui umum juga bahawa tidaklah kesemua dari kita berpeluang untuk mendapatkan ilmu penguasaan teknologi digital ini. Lihat sahaja di beberapa lokasi yang terdapat golongan yang tidak memerlukan penguasaan digital yang begitu pelbagai, bahkan cukup untuk mengetahui cara menggunakan beberapa teknologi sahaja seperti telefon bimbit dan internet. Dan ada juga beberapa orang bekerja yang langsung tidak memerlukan kepada penggunaan teknologi digital.

Sekurang-kurangnya buat masa sekarang....

Gelombang Perubahan Gaya Hidup

Walaubagaimanapun, lambat-laun, generasi anak-anak mereka juga akan terdedah dan perlu juga kepada penggunaan teknologi digital tersebut. Manakan tidak, gelombang perubahan teknologi seperti Revolusi Industri 4.0 dan seterusnya 5.0 (dan begitulah sekian-sekian) menuntut kepada perubahan yang lebih besar, lebih daripada aspek pengetahuan dan kemahiran sahaja.

...

Gelombang tersebut juga akan mengubah gaya hidup mereka.

...

Populasi manusia yang pesat berkembang, dan jalan-jalan perhubungan yang kian pelbagai samada dalam bentuk fizikal mahupun digital, sudah tentu mendorong manusia untuk berinteraksi antara satu sama lain, bertukar pendapat, berkenal-kenalan dan akhirnya saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam menaiktaraf kehidupan mereka. 

Apabila diterjemahkan maksud menaiktaraf kehidupan, boleh jadi - adalah dengan adanya kepenggunaan teknologi baharu yang boleh memudahkan kehidupan seharian mereka. Dorongan demi dorongan, atau "permintaan demi permintaan" akan menyebabkan gaya hidup kita tidak lagi sama tahun demi tahun.

Saya ingin mengemukakan satu perubahan gaya hidup sebagai contoh. Untuk memberitahu kepada pembaca bahawa perubahan yang disebutkan ini sedang berlaku.

.

.

.

Baiklah, masihkan kita semua ingat mungkin dalam 15-20 tahun yang lepas, iaitu satu ketika di Malaysia masih baru dengan konsep Online Shopping? Ya pada ketika itu, siapa sangka konsep kedai telah ditukarkan kepada konsep abstrak iaitu pasaraya yang wujud di alam maya ataupun e-commerce platform. Peniaga menjual barangan secara dalam talian secara besar-besaran. Platform jualan terawal yang popular seperti lelong.com.my dan ebay dan lain-lain mula dikenali ramai. Sudah tentu, pada ketika itu, memang telah sedia wujud platform e-commerce yang lebih lama, tetapi yang saya maksudkan adalah fenomena "online shopping" yang lebih rancak, dinamik dan meriah.

Kemudian, datang pula platform e-commerce seperti Lazada dan Shoppee. Rakyat Malaysia kini sedia maklum benar dengan kedua-dua platform ini. Sehinggakan kanak-kanak juga tahu apa itu Shoppee & Lazada. Rakyat Malaysia telah mula merubah corak perbelanjaan mereka dengan kemahiran menggunakan platfrom digital (aplikasi di Smartphone) dan kemahiran yang lain seperti mencari maklumat barangan di internet untuk membuat perbandingan harga, tutorial dan sebagainya.

Dan jika direnungkan juga, terkini dengan adanya platform media sosial dan konsep "Social Commerce" sekali lagi corak perbelanjaan pengguna berubah. Barang-barangan dan konsep kedai alam maya perlu berubah mengikut keperluan corak penggunaan teknologi digital yang ada kini. Pengguna memerlukan kelainan dan interaksi kreatif untuk membuat keputusan di alam digital, dan kita dapat melihat transformasi peniaga-peniaga, pengusaha-pengusaha dan pekerja-pekerja kearah menggunakan teknologi terkini selari dengan platform digital yang digunakan secara semaksimum mungkin untuk terus kekal relevan dalam pasaran.

Keyakinan Digital

Sudah tentu yang dihuraikan di perenggan atas adalah apa yang diperhatikan dalam satu aspek gaya hidup sahaja. Banyak lagi yang telah berubah - sosial, pendidikan, pekerjaan, dan kesihatan dan sebagainya yang memerlukan kita semua untuk mempunyai kemahiran digital tertentu untuk terus kekal relevan, atau sekurangnya, hidup selesa dan gembira pada zaman sekarang.

Disebabkan itu, salah satu perspektif yang kita boleh teliti selanjutnya adalah "kemandirian" kita semua dalam zaman yang penuh dengan kejutan ini memerlukan kemahiran digital yang kita yakin boleh gunakan dan manfaatkan. Bahkan, dalam waktu-waktu tertentu, bukan untuk kita gunakan secara aktif seperti untuk pekerjaan kita, tetapi sebagai salah satu kekuatan (dalam bentuk pengetahuan) agar kita tidak mudah terpengaruh, dimanipulasi ataupun dikalahkan atau ditipu.

Susulan itu, antara persoalan yang saya ingin lontarkan adalah kepada para pembaca adalah:

  • Adakah kita mempunyai keyakinan untuk bersaing dengan orang lain?....Di peringkat global?
  • Adakah kita mempunyai keyakinan bahawa maklumat yang didapati adalah tepat?...dan bukanlah sesuatu yang dibuat-buat oleh Artificial Intelligence? Bagaimana nak mengesannya?
  • Adakah kita mempunyai keyakinan untuk mencipta sesuatu?...Yang berguna untuk masyarakat?..ataupun sekurangnya yakin menggunakan inovasi orang lain?
  • Adakah kita mempunyai keyakinan untuk mempertahankan diri kita dalam dunia digital? Maklumat peribadi kita selamat? Apakah jenis ancaman digital yang ada?

Persoalan-persoalan tersebut boleh direnungkan oleh kita semua. Yang pasti,..pengetahuan baharu perlulah didapatkan, kemahiran yang relevan perlulah dipelajari (atau sekurangnya tahu dan faham). Seterusnya barulah kita mempunyai Keyakinan untuk mengharungi apa sahaja pada zaman sekarang.

Dengan kata lain Keyakinan Digital adalah Satu Bentuk Kekuatan Kita Yang Baharu

Sekian dahulu di sini.

2023-10-29