Assalamualaikum & hai,
Kali ini kita akan menjalankan sebuah projek ringkas rekacipta menggunakan pencetak 3D (3D Printer) bertajuk "3D Printed Phoneholder".
Phoneholder adalah satu alat yang ringkas digunakan untuk meletakkan phone agar mudah untuk disemak, diakses notifikasi dan pelbagai tujuan penggunaan, yang kebiasaannya aktiviti di atas meja belajar atau meja kerja.
Dalam projek ini, kita akan sama-sama melihat proses bagaimana untuk menghasilkan sebuah phone holder dengan menggunakan sebuah 3D Printer.
Projek ini akan diringkaskan dengan penggunaan model 3D yang sedia ada di internet dan mungkin akan dilakukan beberapa pengubahsuaian minima pada model tersebut.
Jom sama-sama kita mulakan:
Langkah 1: Menyemak kegunaan akhir dan nisbah-nisbah ukuran yang diperlukan.
Untuk proses pertama ini, kita akan mengambil kira apakah matlamat kegunaan akhir kita. Iaitu untuk apakah tujuan penggunaan hasil projek ini. Daripada itu, kita akan menentukan pula apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan hasil projek dapat digunakan dengan baik. Antara faktor tersebut adalah:
- reka bentuk
- saiz dan ukuran
- kegunaan utama
Dalam projek kali ini, faktor-faktor tersebut dirumuskan seperti berikut:
Sebuah phoneholder yang simple, kecil dan berfungsi untuk menyandarkan phone di meja kerja sahaja. Faktor utama adalah saiz phone holder tersebut.
Langkah 2: Mencari rekabentuk model 3D sedia ada yang sesuai dengan kriteria yang ditetapkan.
Dalam projek ini, kita akan mencari rekabentuk model 3D sedia ada tersebut di sebuah laman web iaitu https://www.thingiverse.com/.
Dalam laman web ini, pelbagai rekabentuk boleh didapati.
Kita dapati salah satu rekabentuk yang mudah dan kecil adalah yang seperti berikut:
Langkah 3: Mengubahsuai rekabentuk menggunakan CAD software
Sekarang, kita akan membuat sedikit perubahan pada rekabentuk model tersebut menggunakan Tinkercad.com, iaitu sebuah platform CAD yang mudah dan cepat digunakan untuk design yang ringkas.
Oleh itu, kita muat turun fail daripada Thingiverse sebentar tadi dan simpan fail tersebut dalam format ".stl"
Kemudian, kita import fail STL tersebut ke dalam Tinkercad.com
Langkah 3: Menukarkan fail model 3D yang baharu kepada fail 3D Printer untuk dicetak.
Seterusnya, kita akan memuat turun fail model 3D yang baharu sahaja kita ubah suai dalam format "STL". Untuk itu, dalam Tinkercad.com tersebut, kita klik sahaja pada butang "Export".
Kemudian, menggunakan sebuah perisian slicer, kita akan menukarkan fail STL kepada fail Gcode untuk digunakan oleh 3D Printer.
Dari sini, kita dapati bahawa proses percetakan akan mengambil masa anggaran 58 minit. Setelah itu, kita akan memuat turun fail "GCODE" dan disimpan ke dalam sebuah SD Card.
Langkah 4: Menggunakan 3D Printer untuk mencetak fail GCODE tersebut.
Akhirnya, bolehlah kita menggunakan 3D Printer untuk mencetak fail tersebut.
Langkah 5: Selesai printing dan testing
Setelah, proses printing selesai, kita boleh mengambil hasil cetakan tersebut daripada plate print bed.
Di bawah adalah gambar phone holder tersebut digunakan.
Sekian, sahaja perkongsian kami kepada para pembaca untuk kali ini.
Selamat mencuba.