27 Julai 2026, Kuala Terengganu – Impuls Inovatif Enterprise berbesar hati telah mengendalikan Program Latihan Kemahiran Canva Pro bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang berlangsung di Pusat PINTAR Paya Keladi, Kuala Terengganu.
Latihan ini bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Canva Pro untuk menghasilkan bahan komunikasi visual yang lebih kreatif, profesional dan berimpak tinggi. Sepanjang sesi, para peserta didedahkan kepada pelbagai fungsi premium Canva Pro termasuk teknik mereka bentuk poster, infografik, pembentangan, kandungan media sosial serta amalan terbaik dalam menghasilkan reka bentuk yang menarik dan berkesan.
Impuls Inovatif Enterprise merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan untuk mengendalikan program ini.
Semoga ilmu dan kemahiran yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkukuh penyampaian maklumat serta menghasilkan bahan komunikasi visual yang lebih berkualiti di peringkat organisasi.



