fbpx

25 Julai 2026, Kuala Terengganu – Impuls Inovatif Enterprise berbesar hati menyertai Hari Komuniti 2026 anjuran JPKK Kampung Masjid Tok Ku yang telah berlangsung dengan jayanya di Balai Raya Kampung Masjid Tok Ku, Cabang Tiga.

Sebagai pempamer STEM dan Robotik, kami berpeluang memperkenalkan pelbagai teknologi pendidikan kepada masyarakat setempat melalui pameran interaktif serta Bengkel Asas Robotik yang disertai oleh 25 orang kanak-kanak berusia antara 9 hingga 14 tahun.

Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi Percetakan 3D (3D Printing), Soccer Robot, serta asas pengaturcaraan menggunakan kit Zoom. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan memupuk minat terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta meningkatkan keyakinan peserta untuk meneroka dunia teknologi sejak usia muda.

Impuls Inovatif Enterprise merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YM Syed Mohammad Suhaimi bin Syed Mohammad, Pengerusi JPKK Kampung Masjid Tok Ku, serta seluruh jawatankuasa penganjur atas jemputan, layanan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkasakan pendidikan digital dan STEM dalam komuniti, selaras dengan aspirasi Bina Keyakinan Digital untuk melahirkan masyarakat yang celik teknologi, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran era digital.