11 Disember 2025, Kuala Terengganu - Program Bengkel Asas Robotik bersama 150 murid SRIDI Buluh Gading telah berjaya dilaksanakan hari ini dengan penuh semangat dan penglibatan aktif daripada para peserta. Inisiatif ini memberi pendedahan awal kepada dunia teknologi, robotik dan asas pemikiran komputasional.
Antara pengisian bengkel:
• Pengenalan kepada teknologi dan robotik
• Asas pengaturcaraan
• Aktiviti pengaturcaraan robot menggunakan Zoom:bit
Terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan serta sokongan yang diberikan. Melihat murid begitu teruja apabila robot yang mereka program mula bergerak adalah satu pengalaman yang sangat bermakna.
Semoga ilmu yang dipelajari hari ini menjadi pemangkin kepada minat berterusan dalam bidang STEM.
Insya-Allah, kita berjumpa lagi dalam program akan datang.
#binakeyakinandigital #robotik #roboticsmalaysia #stemmalaysia #pendidikandigital #codingmalaysia #robotikkanakkanak #zoombit #teknologi #sekolahrendah #inovasimalaysia #digitallearning #malaysiaprihatin #edutechmalaysia #programsekolah #aktivitiSTEM #belajarsambilbermain #cyberjaya #terengganu