Kuala Terengganu, 4 Disember 2025 – Semalam, pihak kami berpeluang menghadirkan diri ke PRODUCT IDEA INNOVATION SHOWCASE (PRIDE) 12th Edition sebagai salah seorang panel juri penilai projek.
Program ini dianjurkan oleh Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Kuala Terengganu, dengan kolaborasi strategik bersama Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTMCTKKT.
Acara ini menampilkan deretan idea inovasi yang cukup kompetitif—pendek kata, dari idea spontan ke potensi komersial, semuanya dipersembahkan dengan penuh keyakinan oleh para pelajar. Kami amat menghargai peluang untuk memberikan maklum balas profesional dan menyumbang kepada ekosistem inovasi digital di peringkat universiti.



