14 September 2024, Kuala Nerus – Telah berlangsung hari ini program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Terengganu 2024 bertempat di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu, Kuala Nerus.
Program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia & Sukan Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu ini adalah bertujuan untuk menjadi platform kepada golongan belia dan kanak-kanak untuk aktif berkecimpung dalam pelbagai aktiviti komuniti setempat.
Melalui program ini, pelbagai agensi, persatuan dan juga rakan strategik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telahpun bersama-sama menyertai sebagai pempamer untuk mengadakan pameran dan juga aktiviti untuk para pengunjung di acara ini.
Antara pengisian kemuncak program ini adalah sesi “townhall” bersama dengan Yang Berhormat Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Bersama dengan Yang Berhormat Ustaz Haji Hishamuddin Abdul Karim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa. Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri Terengganu yang menjadi satu platform untuk bersua muka dan mendapatkan pelbagai pandangan dan cadangan daripada pemegang taruh hala tuju pembangunan belia dan sukan Malaysia.
Impuls Inovatif berbesar hati untuk bersama-sama menyokong penganjuran aktiviti ini dan kami mengucapkan ribuan terima kasih atas platform dan kepercayaan yang diberikan oleh Terengganu Digital 1303 (T1303) untuk turut bersama-sama menjalakan aktiviti pameran di booth dengan tema aktiviti pembangunan modal insan digital.
Antara akvitii yang diadakan di booth TD1303 adalah seperti pameran Virtual Reality (VR), percetakan 3D, demonstrasi robot Arduino dan juga percubaan percuma untuk mengaturcara kit robotik Zoom:bit.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telahpun terlibat dan berharap aktiviti yang dianjurkan sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua.
Nota kaki:
Berita dan gambar penuh di laman Facebook Rasmi Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu: Pautan