Pada 22 dan 23 Ogos 2024, saya telah mewakili Impuls Inovatif dalam bootcamp Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) peringkat Negeri Terengganu yang telah dianjurkan oleh Biji Biji Initiative. Program ini menumpukan kepada usaha meningkatkan kesan sosial dalam komuniti, dengan pendekatan inovatif dan lestari.
Antara pengisian menarik sepanjang program ini ialah sesi Design Thinking, perkongsian mengenai pergerakan sosial impak, dan sesi pembentangan idea bagi inisiatif impak komuniti. Selain itu, penganjur turut menampilkan EcoSWED, sebuah organisasi komuniti yang aktif dalam bidang pelancongan berasaskan komuniti (community-based tourism) di Setiu Wetland. Kehadiran EcoSWED sebagai rakan kolaborasi memberi inspirasi mendalam kepada para peserta mengenai kepentingan melibatkan komuniti dalam usaha pelestarian alam dan pembangunan ekonomi.
Dalam sesi pembentangan, kumpulan kami berjaya menonjolkan idea kreatif yang mendapat perhatian juri. Kejayaan ini membawa kepada pengiktirafan sebagai pembentang terbaik, seterusnya meraih geran sosial impak bernilai RM8,000. Dana ini akan digunakan untuk merealisasikan program impak sosial bersama EcoSWED di Setiu Wetland, sebuah lokasi yang kaya dengan biodiversiti dan peluang pelancongan lestari.
Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan komitmen kami terhadap pembangunan komuniti tetapi juga menjadi langkah awal dalam memperkukuh sinergi antara teknologi, pendidikan, dan pelestarian komuniti tempatan.
#BinaKeyakinanDigital
#YSEALI
#YSEALIBOOTCAMP2024 #YSEALIBC2024
#YSEALITerengganu
#InnovateForChange
#NeverTooYoungToLead
#IamAChangemaker