27 Julai 2024 - Hari ini, Impuls Inovatif Enterprise dan STEM.org.my telah bekerjasama untuk menganjurkan sebuah bengkel inovasi bertemakan pengaturcaraan Micro:bit secara dalam talian. Micro:bit merupakan sebuah mikropengawal iaitu peranti elektronik yang boleh diprogramkan untuk tujuan inovasi projek yang sesuai untuk kanak-kanak.
Objektif utama program ini adalah untuk memberikan para peserta pengetahuan tentang micro:bit dan seterusnya mempelajari bagaimana untuk menggunakannya bagi tujuan projek inovasi.
Semoga program ini bermanfaat kepada para peserta. Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan kerjasama STEM.org.my dan juga semua peserta yang telah menjayakan program ini.
#projekelektronik #microbitterengganu #inovasi #pendidikanstemterengganu #programstemterengganu #digitaleducation #inovasi #pendidikandigital #robotik #programrobotikterengganu #kelasrobotikterengganu #kelasinovasiterengganu #belajarelektronik #binainovasi #inovasi #microcontroller #mikropengawal #projekstem