Telah berlangsung program Cybercamp Mei 2024 baru-baru ini pada 27-28 Mei 2024. Program ini telah berjalan secara online dan bersemuka merangkumi aktiviti mengasah kemahiran digital dalam kalangan kanak-kanak yang relevan dengan IR 4.0. Untuk online, modul yang diketengahkan kali ini adalah Scratch Programming, Tinkercad Sim Labs (Sains Fizik), Canva, Python Programmming dan juga Micro:bit robotik (Zoom:bit). Peserta adalah dalam kalangan kanak-kanak berusia 10 -15 tahun.
Butiran penerangan modul adalah seperti berikut:
- Scratch: Pemikiran komputasi dan pengaturcaraan melalui platform Scratch iaitu aplikasi yang mesra pengguna dalam kalangan kanak-kanak.
Canva: Kesenian digital dan menterjemahkan idea kreatif dalam bentuk laman web.
Tinkercad Sim Labs: Fahami konsep Sains daya fizik melalui simulasi 3D dan konsep graviti.
Python: Pemikiran komputasi dan logik pengaturcaraan Python dalam membina kalkulator BMI kesihatan.
Micro:bit Robotik: Kemahiran mengaturcara robot dalam menjalankan tindakan secara automatik menggunakan pergerakan mekanikal dan sensor seperti pengesan jarak dan line follower sensor.
Semoga para peserta telah memperoleh sebanyak manfaat daripada program yang telah dijalankan.