fbpx

Latar Belakang

Bersama ke arah kelestarian dunia digital dan masyarakat untuk manfaat bersama.

Tentang Kami

Impuls Inovatif Enterprise (CT0127625-U)

Laman web rasmi organisasi: https://impulsinovatif.com

Perkhidmatan

Impuls Inovatif Enterprise adalah sebuah entiti yang menjalankan perkhidmatan transformasi digital dalam kalangan komuniti di Malaysia. Kami membantu komuniti untuk memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang relevan dengan arus perubahan modernisasi terutama dari sudut menggunakan dan mengaplikasikan manfaat teknologi dalam kehidupan seharian.

Kami memfokuskan terutamanya impak kepada golongan belia yang terdiri daripada usia sekolah rendah sehingga pengajian tinggi. Lebih-lebih lagi dalam kalangan belia berusia 13-17 tahun yang memerlukan bimbingan dalam menguasai kemahiran alaf baharu untuk bersaing diperingkat yang lebih tinggi secara global.

Selain itu, kami turut membantu golongan dewasa/institusi dan organisasi untuk lebih berkeyakinan dalam bidang digital melalui penambahbaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran alaf baharu.

Pasukan Kami

En. Hadi merupakan seorang konsultan pendidikan digital yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan alaf baharu sejak tahun 2016. Beliau telah menjalankan pelbagai program dan sesi latihan bersama dengan warga pendidikan dan komuniti yang terdiri daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Selain itu, beliau mempunyai pengalaman yang banyak dalam menerapkan kaedah-kaedah pembelajaran terkini yang selari dengan kehendak pendidikan semasa.

Latar Belakang Pendidikan

Graduan dari Universiti Teknologi PETRONAS, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.

En Halim merupakan seorang profesional dalam bidang Software Engineering yang mempunyai pengalaman lebih 3 tahun dalam pelbagai projek pembangunan sistem dan perisian terutama dalam bidang Industri Minyak dan Gas. Kepakaran beliau adalah dalam pembangunan sistem front-end web development.

Latar Belakang Pendidikan

Seorang graduan dari Universiti Kuala Lumpur MIIT (Unikl MIIT), Bachelor of Information Technology in Sofware Engineering