fbpx

31 Januari 2024 – Apabila teknologi berkembang dengan pantas, generasi muda perlu dibekalkan dengan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik). Dengan itu, SMA Mahmudiah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan sebuah ceramah pengenalan dan demonstrasi robotik yang dipimpin oleh En. Syed Abdul Hadi, wakil berpengalaman dari Impuls Inovatif.

Program yang berlangsung pada hari ini telah melibatkan pelajar dalam dunia robotik, memberi mereka wawasan tentang keupayaan dan potensi teknologi ini dengan memaparkan bagaimana robotik dapat mengubah banyak aspek kehidupan kita. 

Sesi ini juga melibatkan pelajar-pelajar dalam aktiviti berkumpulan untuk mencuba melakarkan idea model robot mereka sendiri. Melalui modul yang disediakan oleh Impuls Inovatif, pelajar-pelajar ini tidak hanya belajar tentang asas robotik, tetapi juga tentang pentingnya kerjasama, inovasi, dan kreativiti.

Programini bukan sahaja memberi pencerahan tetapi juga memperkukuhkan niat para pelajar untuk mempersiapkan diri mereka dalam menghadapi dunia yang semakin digital. Dengan inisiatif seperti ini, SMA Mahmudiah benar-benar menunjukkan komitmen untuk membangunkan bakat dan potensi pelajar-pelajar mereka dalam bidang teknologi yang akan membentuk masa depan mereka.