14 Februari 2024 - Google menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang memudahkan penggunaan aplikasi IT seperti GMail, Google Slides, Google Sheets, dan Google Docs. Tidak dapat dinafikan banyak kegunaan yang boleh didapati daripada produk-produk Google. Namun, tahukah anda sebenarnya anda juga boleh menggunakan sebuah platform pembangunan aplikasi yang sesuai dengan ekosistem Google. Platform ini dinamakan sebagai Google Apps Script, iaitu sebuah platform pembangunan aplikasi berasaskan skrip pengaturcaraan JavaScript.
Menggunakan Google Apps Script, anda boleh menghasilkan pelbagai aplikasi dan sistem yang berasaskan aplikasi web. Malahan, ianya sangat sesuai digunakan bersama dengan produk-produk yang terdapat dalam ekosistem Google Workspace untuk menghasilkan proses kerja yang lebih efisen dan unik.
Menggunakan JavaScript, pengguna mampu menulis kod arahan yang diinginkan, kemudian dengan mudah mampu untuk membuat ujikaji aplikasi di platform Google Apps Script tersebut.
Dalam program kali ini, peserta telahpun berpeluang untuk mencuba sendiri menulis, dan mengubahsuai beberapa komponen bahagian dalam templat aturcara sedia ada untuk mencipta sebuah sistem pelayan Chatbot mereka tersendiri.
Dalam coding script tersebut, peserta telahpun mempelajari beberapa fungsi sistem pelayan chatbot seperti conditional statement dan juga markup language html serta css.
Untuk para pembaca yang berminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang Google Apps Script ini, anda boleh tonton video di bawah:
Akhir kata, semoga para peserta telahpun berjaya memperoleh ilmu bermanfaat daripada program ini. Dengan memahami konsep pengaturcaraan Google Apps Script, peserta akan mampu untuk memahami beberapa konsep automasi dalam sistem komputer terutamanya dalam ruang lingkup ekosistem Google.
Rujukan info program di sini: https://binakeyakinandigital.com/semua-program/program-istimewa/cybercamp-feb-mac-2024