fbpx

24 Februari 2024 - Harini, sempena dengan Cybercamp Week, sebuah kelas dalam talian telah diadakan dengan tujuan memperkenalkan kepada kanak-kanak kepada dunia teknologi dan inovasi menerusi penggunaan Microbit. Microbit, sebuah mikrokontroler yang direka khusus untuk pemula dalam bidang inovasi. Tujuan utama program ini adalah untuk menanamkan minat dan kefahaman asas tentang teknologi di kalangan kanak-kanak. Melalui pengenalan kepada Microbit, peserta diberi peluang untuk memahami asas pengaturcaraan dan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk mencipta inovasi-inovasi baru.

Antara pengisian program ini adalah mengenali Microbit dari aspek fizikal dan fungsi utamanya. Mereka diajar cara-cara asas mengaturcara Microbit menggunakan blok kod yang sederhana menerusi laman web simulasi micro:bit iaitu makecode.microbit.org. Salah satu aktiviti yang menarik adalah apabila peserta diberi cabaran untuk mencipta projek mereka sendiri, seperti menyalakan lampu, mengeluarkan bunyi, mengesan cahaya dan juga kalkulator ringkas. Ini adalah langkah awal yang penting dalam memastikan generasi akan datang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berinovasi dan beradaptasi dalam era digital di samping menerapkan kemahiran seperti kreativiti dan pemikiran komputasi

Semoga para peserta telahpun memperoleh sebanyak mungkin manfaat daripada program kali ini sekaligus meningkatkan keyakinan digital mereka untuk meneroka lebih banyak lagi dalam bidang inovasi dan sistem automasi.

Rujukan info program di sini: https://binakeyakinandigital.com/semua-program/program-istimewa/cybercamp-feb-mac-2024