KUALA TERENGGANU, 20 Mac 2024 - Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) merupakan sebuah pusat pameran Sains yang yang mempunyai pelbagai tarikan unik dan menarik. Di sini, para pengunjung boleh mengalami sendiri pelbagai pameran dan aktiviti Sains yang immersive dan juga unik seperti Sains Kehidupan, Sains Alami, Fenomena Sains, Teknologi dan juga Sains Angkasa Lepas. Harini, pasukan kami berbesar hati untuk bersama-sama dengan warga PSKT dalam satu sesi perkongsian teknologi yang popular digunakan dalam dunia pendidikan iaitu mikropengawal Micro:bit dan juga percetakan 3D.
Mikropengawal micro:bit adalah sebuah peranti elektronik yang boleh diprogramkan untuk pelbagai tujuan seperti mencipta projek inovasi elektronik dan juga automasi. Ianya popular digunakan dalam kalangan beginner terutamanya kanak-kanak dan remaja disebabkan ianya sangat mudah dipelajari dan mesra pengguna. Manakala percetakan 3D ataupun 3D Printing pula adalah satu kaedah pembuatan yang menggunakan konsep 3D Modelling untuk mencipta rekabentuk 3D, kemudian dicetak menggunakan mesin 3D Printer yang akan menghasilkan objek sebenar yang boleh digunakan dan berfungsi mengikuti keinginan pengguna. Kedua-dua teknologi ini merupakan salah satu kemahiran digital making yang boleh dipelajari bermula di sekolah rendah terutama dalam kalangan kanak-kanak yang berminat untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan dan bakat dalam bidang Sains & Teknologi.
Kami berbesar hati kerana dijemput untuk terlibat dalam sesi perkongsian teknologi ini bersama dengan warga Pusat Sains & Kreativiti Terengganu dan kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga berjumpa lagi!