13 Februari 2024 - Python adalah sebuah bahasa pengaturcaraan yang kini popular digunakan dalam dunia Sains Komputer. Lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi muda sekarang, kemahiran mengaturcara adalah menjadi salah satu kemahiran yang semakin mudah untuk dipelajari melalui Python. Python digunakan dalam banyak bidang Sains Komputer, seperti pembangunan aplikasi, sistem komputer, Machine Learning, robotik dan juga Data Science.
Buat mereka yang pertama kali mendengar penggunaan Python sebagai salah satu bahasa pengaturcaraan, mungkin membayangkan ianya berbentuk seperti kod komputer yang lainnya seperti C++, Javascript dan lain-lain.
Gambar di atas ini nampak agak menggerunkan juga ya? Kepada adik-adik yang belum biasa melihat script coding (coding dalam bentuk bertulis), mungkin agak sukar untuk memahami apa agaknya yang ditulis. Apa itu? Apa ini? Begitulah umpamanya soalan-soalan yang mungkin bermain di fikiran.
Namun, tahukah anda terdapat cara yang mudah untuk mempelajari Python? Sepertimana kaedah Scratch programming, Python juga mempunyai beberapa platform yang sama seakan Scratch yang membolehkan kita mempelajari Python Programming, terutamanya mempelajari konsep terlebih dahulu untuk memudahkan proses memahami istilah-istilah dan perkataan khusus dalam Python kemudiannya.
Melalui program yang telah dianjurkan iaitu Kelas Coding Python Edisi Cybercamp Februari 2024 yang telah diadakan pada 13 Februari 2024 baru-baru ini, para peserta program telah berpeluang untuk mempelajari Python Programming yang lebih "mesra" dan "tidak menggerunkan". Melalui platform berupa bentuk block programming, iaitu coding dalam bentuk grafik, peserta mengutamakan pemikiran komputasi yang digunakan bersama dengan Python.
Dalam program ini, peserta perlu menghasilkan set aturacara untuk menyelesaikan masalah seperti memaparkan perkataan dan nombor, meletakkan nilai pada variable dan juga mencipta sistem ringkas pengiraan komputer menggunakan analogi yang mudah difahami.
Dengan ini, Python kini boleh dipelajari diperingkat konsep dan kefahaman terlebih dahulu, dan setelah cukup keyakinan dan kefahaman yang berkenaan, , bolehlah para peserta maju ke peringkat seterusnya pula seperti menggunakan coding script sepenuhnya.
Intihanya, diharapkan para peserta program telahpun menimba ilmu baharu yang dapat membantu meningkatkan keyakinan dalam bidang pengaturcaraan Python. Seterusnya, berhasil mendepani "jambatan" kerjaya yang berkaitan dengan jayanya.
Rujukan info program di sini: https://binakeyakinandigital.com/semua-program/program-istimewa/cybercamp-feb-mac-2024