
- Details
- Category: Aktiviti
27 April 2024 - Alhamdulillah, hari ini selesai program Jom Belajar Asas Coding Hour of Code. Kali ini para peserta telah mempelajari modul bertemakan karakter Cartoon Network.
Antara pengisian kelas hari ini adalah mempelajari bagaimana untuk mengaturcara karakter untuk bergerak mengikut cursor, bertindak balas dengan objek dan juga menggunakan variable untuk menyimpan skor markah.

- Details
- Category: Aktiviti
KUALA TERENGGANU, 20 Mac 2024 - Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) merupakan sebuah pusat pameran Sains yang yang mempunyai pelbagai tarikan unik dan menarik. Di sini, para pengunjung boleh mengalami sendiri pelbagai pameran dan aktiviti Sains yang immersive dan juga unik seperti Sains Kehidupan, Sains Alami, Fenomena Sains, Teknologi dan juga Sains Angkasa Lepas. Harini, pasukan kami berbesar hati untuk bersama-sama dengan warga PSKT dalam satu sesi perkongsian teknologi yang popular digunakan dalam dunia pendidikan iaitu mikropengawal Micro:bit dan juga percetakan 3D.

- Details
- Category: Aktiviti
27 Februari 2024 - Robotik adalah salah satu bidang teknologi yang kian banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Berasal daripada salah satu cabang bidang automasi, robotik merupakan satu cabang teknologi yang menggabungkan pengetahuan mekanikal, sistem pengawal dan juga komponen elektronik seperti sensor pengesan. Robot yang lebih kompleks mungkin mempunyai elemen yang lebih banyak lagi. Adapun begitu, tidak dinafikan penggunaan robot dalam kehidupan manusia telah dapat mengurangkan beban pekerjaan terutamanya yang bersifat berulang.
Read more: Belajar Ilmu Coding & Robotik di Cybercamp Februari 2024

- Details
- Category: Aktiviti
24 Februari 2024 - Harini, peserta Cybercamp telahpun mengikuti kelas pembelajaran Scratch untuk mencipta Animasi dan Game. Seperti sedia maklum, Scratch merupakan salah satu platform pembelajaran Sains Komputer yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia. Menggunakan konsep block programming, peserta telahpun mempelajari konsep bagaimana sesuatu karakter bergerak dan berinteraksi dengan input yang diberikan.

- Details
- Category: Aktiviti
24 Februari 2024 - Harini, sempena dengan Cybercamp Week, sebuah kelas dalam talian telah diadakan dengan tujuan memperkenalkan kepada kanak-kanak kepada dunia teknologi dan inovasi menerusi penggunaan Microbit. Microbit, sebuah mikrokontroler yang direka khusus untuk pemula dalam bidang inovasi. Tujuan utama program ini adalah untuk menanamkan minat dan kefahaman asas tentang teknologi di kalangan kanak-kanak. Melalui pengenalan kepada Microbit, peserta diberi peluang untuk memahami asas pengaturcaraan dan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk mencipta inovasi-inovasi baru.
Read more: Kelas Online Microbit - Mikropengawal Inovasi (24 Februari 2024)
- Details
- Category: Aktiviti
14 Februari 2024 - Hari ini telah berlangsung sebuah kelas yang istimewa buat para peserta Cybercamp Feb 2024 iaitu Kelas Cipta Laman Web Menggunakan Google Site. Google Site merupakan salah satu platform yang disediakan oleh Google untuk mencipta laman web dengan ringkas dan mudah. Menggunakan Google Site, pengguna mampu untuk mencipta sebuah laman web yang berinformasi dengan masa yang singkat.
Read more: Cipta Laman Web Menggunakan Google Site (14 Februari 2024)