
- Details
- Category: Aktiviti
28 September 2024 - Sekitar program harini bertajuk Kelas Coding Roblox Sempena dengan Hari Malaysia 2024. Harini para peserta telah dibimbing untuk mencipta sebuah mod Game Roblox yang menonjolkan ciri-ciri keunikan Malaysia.
Read more: Kelas Coding Roblox Studio Sambutan Hari Malaysia 2024

14 September 2024, Kuala Nerus – Telah berlangsung hari ini program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Terengganu 2024 bertempat di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu, Kuala Nerus.
Read more: Program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Terengganu 2024

- Details
- Category: Aktiviti
Pada 22 dan 23 Ogos 2024, saya telah mewakili Impuls Inovatif dalam bootcamp Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) peringkat Negeri Terengganu yang telah dianjurkan oleh Biji Biji Initiative. Program ini menumpukan kepada usaha meningkatkan kesan sosial dalam komuniti, dengan pendekatan inovatif dan lestari.
Read more: Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) Ogos 2024

- Details
- Category: Aktiviti
27 Julai 2024 - Hari ini, Impuls Inovatif Enterprise dan STEM.org.my telah bekerjasama untuk menganjurkan sebuah bengkel inovasi bertemakan pengaturcaraan Micro:bit secara dalam talian. Micro:bit merupakan sebuah mikropengawal iaitu peranti elektronik yang boleh diprogramkan untuk tujuan inovasi projek yang sesuai untuk kanak-kanak.
Read more: Bengkel Asas Inovasi Elektronik Menggunakan Micro:bit Julai 2024

- Details
- Category: Aktiviti
Telah berlangsung program Cybercamp Mei 2024 baru-baru ini pada 27-28 Mei 2024. Program ini telah berjalan secara online dan bersemuka merangkumi aktiviti mengasah kemahiran digital dalam kalangan kanak-kanak yang relevan dengan IR 4.0. Untuk online, modul yang diketengahkan kali ini adalah Scratch Programming, Tinkercad Sim Labs (Sains Fizik), Canva, Python Programmming dan juga Micro:bit robotik (Zoom:bit). Peserta adalah dalam kalangan kanak-kanak berusia 10 -15 tahun.

- Details
- Category: Aktiviti
11 Mei 2024, Kuala Terengganu - Selesai hari ini program bersama dengan komuniti di sekitar Cabang Tiga, Kuala Terengganu yang telah melibatkan seramai 20 orang peserta kanak-kanak yang mengikuti program kesedaraan dan kemahiran digital pengaturcaraan (coding). Program anjuran Impuls Inovatif dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Masjid Tok Ku ini merupakan satu inisiatif untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berkenaan dengan ilmu pengetahuan yang relevan dengan industri 4.0.
Read more: Bengkel Coding Animasi Scratch & Demo Robotik @ Balai Raya JPKK Masjid Tok Ku Cabang Tiga