
- Details
- Category: Aktiviti
21 November 2024, Setiu – Bengkel Literasi Digital: Image and Video Editing telah diadakan di Wetland School of Setiu bersama komuniti ekopelancongan, di bawah program YSEALI. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran komuniti dalam menghasilkan kandungan kreatif untuk mempromosikan kegiatan pelancongan di Setiu Wetland, selari dengan objektif siri bengkel terdahulu.

- Details
- Category: Aktiviti
Pada 9 dan 16 November 2024, kami menganjurkan Kelas Coding Kanak-Kanak Roblox Studio, program interaktif dalam talian khas untuk kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun. Dengan tema "Membina Sebuah Taman Air", peserta belajar membina dunia maya dan menghidupkan idea mereka melalui reka bentuk 3D dan coding.

- Details
- Category: Aktiviti
15 November 2024, Setiu – Satu kelas literasi digital bertajuk "Pengurusan Fotografi dan Videografi" telah diadakan di Wetland School of Setiu, melibatkan penyertaan komuniti ekopelancongan di sekitar Setiu Wetland. Program ini dianjurkan di bawah inisiatif YSEALI dengan matlamat memperkasa komuniti dalam mengurus dan memanfaatkan teknologi digital untuk pelancongan lestari.
Read more: Kelas Literasi Digital: Pengurusan Fotografi dan Videografi di Setiu Wetland

- Details
- Category: Aktiviti
18 Oktober 2024, Setiu – Hari ini, di bawah program YSEALI, kami berkunjung ke Wetland School of Setiu untuk mengadakan perbincangan bersama EcoSWED mengenai pelaksanaan program literasi digital bagi komuniti ekopelancongan di Setiu Wetland.

- Details
- Category: Aktiviti
12 Oktober 2024, Kuala Terengganu - Alhamdulillah, selesai program Kelas Asas Robotik Peringkat JPKK Masjid Tok Ku yang telah dianjurkan pada hari ini. Program ini dianjurkan dengan objektif meningkatkan kesedaran tentang pengetahuan dan kemahiran digital dalam kalangan kanak-kanak dan remaja melalui aktiviti hands-on iaitu coding dan robotik menggunakan Kit Robotik Zoom:bit.
Read more: Laporan Aktiviti: Kelas Asas Robotik Peringkat JPKK Masjid Tok Ku 12 Oktober 2024

- Details
- Category: Aktiviti
1 Oktober 2024 - Alhamdulillah selesai program pada hari ini bertajuk Scratch Coding Kitaran Air. Kelas kali ini istimewa kerana isi kandungan pembelajaran adalah berkaitan dengan salah satu fenomena Sains yang boleh didapati di alam semulajadi iaitu Fasa Kitaran Air.