
- Details
- Category: Ilmu Digital
Pemanasan global merupakan isu yang semakin mendapat perhatian, terutamanya apabila melibatkan masa depan Bumi kita. Untuk membantu kita memahami perubahan suhu global sepanjang zaman, NASA telah menghasilkan sebuah simulasi visual yang menarik. Simulasi ini merangkumi tempoh dari tahun 1884 hingga 2022 dan menggunakan data daripada dataset GISTEMP, iaitu GISS Surface Temperature Analysis, yang telah dianalisis oleh saintis untuk memberikan gambaran yang lebih jelas.

- Details
- Category: Ilmu Digital
Enjin carian adalah seperti perpustakaan digital yang besar, tetapi untuk mendapatkan maklumat, anda perlu mencari maklumat berdasarkan kata kunci.
Contoh: Google Search, Microsoft Bing, Yahoo Search

- Details
- Category: Ilmu Digital
Dalam era transformasi digital yang serba pantas ini, emel kekal sebagai alat komunikasi utama dalam dunia profesional. Namun, penggunaan medan penerima dalam emel — To, CC, dan BCC — sering disalahgunakan, menyebabkan kekeliruan, salah faham, atau bahkan risiko privasi.
Memahami fungsi setiap pilihan bukan sahaja meningkatkan keberkesanan komunikasi, malah memperlihatkan tahap profesionalisme dan kepekaan kita terhadap etika digital. Artikel ini mengupas perbezaan ketiga-tiganya serta membandingkannya dengan amalan surat-menyurat tradisional.
Read more: Penggunaan To, CC, dan BCC dalam Emel Rasmi: Panduan Lengkap dengan Contoh

- Details
- Category: Ilmu Digital
Adakah anda tahu kelajuan menaip anda? Secara purata, seseorang menaip dengan kelajuan 50-60 perkataan setiap minit (wpm). Namun, bergantung kepada kebiasaan dan kemahiran seseorang, ada individu yang mampu menaip dengan lebih pantas, mencecah sehingga 90 perkataan seminit atau lebih.

- Details
- Category: Ilmu Digital
Dalam era digital kini, tingkah laku dan rutin harian masyarakat berubah. Ramai orang yang menggunakan teknologi, tidak kira umur, tua dan muda. Terutamanya teknologi seperti media sosial, messaging apps dan juga aplikasi berkaitan. Tidak dinafikan mudahnya dan banyaknya kelebihan teknologi tersebut sehingga menarik banyak minat dari segenap manusia.
PEPATAH mengatakan: Ada gula ada semut. (Bermaksud sesuatu yang baik pasti akan menarik ramai orang.) Namun awas, disetiap perkara pasti ada sisi bahagian kelemahan dan keburukan yang perlu kita semua sedari dan ambil pengajaran. Setiap bunga ada durinya. Di mana ada api, di situ ada asapnya.
Read more: [PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT] TANGANI GEJALA CYBERBULLYING
- Details
- Category: Ilmu Digital
Kali ini kita akan melihat 3 tips yang boleh digunakan oleh para pembaca untuk menyelamatkan dokumen penting melalui kaedah digitalisasi. Digitalisasi bermaksud menukarkan dokumen fizikal kepada fail softcopy seperti PDF atau imej. Selain dapat mengurangkan kehilangan maklumat penting akibat kerosakan dokumen, ianya juga akan memudahkan anda untuk menggunapakai dokumen tersebut untuk pelbagai urusan harian juga.
Read more: 3 Tips Digitalisasi Dokumen Semasa Bencana Banjir