fbpx

Keyakinan Digital ialah yakin dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan teknologi secara beretika.

Kami menganjurkan program "Bina Keyakinan Digital" merangkumi pembangunan pelbagai komuniti untuk yakin menggunakan teknologi digital melalui ilmu & kemahiran, menyelesaikan masalah dunia sebenar, menggalakkan kreativiti, dan mengamalkan tingkah laku yang bertanggungjawab dalam ruangan digital.

Artikel Aktiviti

Ikuti laporan aktiviti terkini kami untuk mendapatkan maklumat mendalam tentang perkembangan terbaru, pencapaian menarik, serta usaha yang sedang dijalankan. Jangan ketinggalan untuk mengetahui bagaimana kami terus berinovasi, memberi impak, dan melibatkan komuniti dalam setiap langkah perjalanan kami.

Program SciTech4U STEM Camp MOSTI 2025 @ UMT 3 Julai 2025
Program SciTech4U STEM Camp MOSTI 2025 @ UMT 3 Julai 2025

3 Julai 2025, Kuala Nerus - Kami telah bekerjasama dengan Pusat Asasi Sains UMT dan SK Kesom dalam menjayakan Program SciTech4U STEM Camp MOSTI 2025 yang berlangsung di Dewan Seminar, UMT Convention Centre.

Program SciTech4U STEM Camp MOSTI 1 Julai 2025
Program SciTech4U STEM Camp MOSTI 1 Julai 2025

1 Julai 2025, Marang - Kami berbesar hati menerima jemputan untuk bekerjasama dalam Program SciTech4U STEM Camp MOSTI 2025, yang dianjurkan bersama oleh TD1303, Politeknik Kuala Terengganu, dan SK Bukit Gasing.

Laporan program Bengkel Pengaturcaraan Robotik TD1303 26 April 2025
Laporan program Bengkel Pengaturcaraan Robotik TD1303 26 April 2025

26 April 2025, Kuala Terengganu – Seramai 9 peserta berumur 10–15 tahun telah menyertai Bengkel Pengaturcaraan Robotik anjuran TD1303 bertempat di Talkspace, TD1303. Program ini memberi pendedahan awal kepada dunia robotik melalui penggunaan kit Zoom:bit berasaskan Micro:bit, melibatkan aktiviti seperti asas pengaturcaraan, penyelesaian masalah, kerja berpasukan dan penerapan konsep STEM.

Laporan Aktiviti: Bengkel Asas 3D Printing 28 Disember 2024
Laporan Aktiviti: Bengkel Asas 3D Printing 28 Disember 2024

28 Disember 2024, Kuala Terengganu – Alhamdulillah, Bengkel Asas 3D Printing untuk Kanak-kanak & Belia telah berjaya dianjurkan pada hari ini di Balai Raya Masjid Tok Ku, Cabang Tiga. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi 3D printing kepada kanak-kanak dan belia melalui aktiviti hands-on yang menyeronokkan dan bermanfaat.

Demonstrasi Coding, Robotik & 3D Printing SK Bukit Gasing 7 Jan 2025
Demonstrasi Coding, Robotik & 3D Printing SK Bukit Gasing 7 Jan 2025

Marang, 7 Januari 2025 – Satu sesi demonstrasi interaktif mengenai coding, robotik, dan 3D printing telah diadakan di SK Bukit Gasing bagi memperkenalkan murid-murid kepada teknologi digital dan inovasi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan praktikal.

Lawatan ke Wetland School of Setiu untuk Perancangan Program Literasi Digital Komuniti Bersama EcoSWED
Lawatan ke Wetland School of Setiu untuk Perancangan Program Literasi Digital Komuniti Bersama EcoSWED

18 Oktober 2024, Setiu – Hari ini, di bawah program YSEALI, kami berkunjung ke Wetland School of Setiu untuk mengadakan perbincangan bersama EcoSWED mengenai pelaksanaan program literasi digital bagi komuniti ekopelancongan di Setiu Wetland.

Kelas Literasi Digital: Pengurusan Fotografi dan Videografi di Setiu Wetland
Kelas Literasi Digital: Pengurusan Fotografi dan Videografi di Setiu Wetland

15 November 2024, Setiu – Satu kelas literasi digital bertajuk "Pengurusan Fotografi dan Videografi" telah diadakan di Wetland School of Setiu, melibatkan penyertaan komuniti ekopelancongan di sekitar Setiu Wetland. Program ini dianjurkan di bawah inisiatif YSEALI dengan matlamat memperkasa komuniti dalam mengurus dan memanfaatkan teknologi digital untuk pelancongan lestari.

previous arrow
next arrow

Program Akan Datang

School Holiday Camp: ILMUQuest September 2025
Program Cuti Sekolah Bengkel Robotik @TD1303 22 Disember 2024
Wetland Poster Competition 2025
Asas Pengaturcaraan Robotik (Online) 28 Januari 2025 Asas & Pengenalan Pengaturcaraan Robotik
Pengumuman Pemenang Wetland Poster Competition
Scratch Game Making Competition Happy Teachers Day 2025
previous arrow
next arrow

Platform E-Learning Digital & STEM

Slide 1

STEM.org.my - menyediakan platform pembelajaran secara e-learning kepada semua. Terokai ilmu pengetahuan dan kemahiran Sains & Teknologi dengan lebih interaktif dan menarik bersama kami!

Kami membantu komuniti menyerlahkan keyakinan mereka dengan teknologi digital

Ilmu pengetahuan dan kemahiran digital sebagai satu bentuk kekuatan masa kini

Sumber: Google Applied Digital Skills

15 Kemahiran Digital Yang Wajar Dipelajari

Sumber: Alux.com

Terokai Peralatan, Perisian dan juga Platform Digital

Platform dan peralatan digital dan Maker Tools digunakan sebagai bahan sokongan aktiviti untuk menambahkan pengalaman pembelajaran yang lebih hands-on dan interaktif.

Kelebihan Menyertai Program Bina Keyakinan Digital

Pengembangan Kemahiran Diri
Kembangkan potensi diri anda dengan pelbagai kemahiran digital yang boleh dipelajari
Peluang Kerjaya
Ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai kelebihan dan nilai tambah dalam lanskap pekerjaan dan industri kini
Kreativiti
Lonjakkan daya kreativiti anda dengan menghubungkaitkan pengetahuan dan penyelesaian masalah melalui peralatan digital
Etika dan Keselamatan Siber
Fahami pentingnya keselamatan siber dan cara melindungi diri dalam dunia digital.
Berdasarkan aplikasi dunia sebenar
ikmati pembelajaran dan aplikasi pengetahuan dalam kehidupan sebenar.
Keyakinan untuk meneroka lebih Jauh
Tingkatkan keyakinan untuk menggunakan teknologi dan memanfaatkan pelbagai kelebihan dunia digital

Kami menyokong "Sustainable Development Goals" (SDG) United Nations

Sustainable Development Goals (SDG) atau Matlamat Pembangunan Mampan adalah 17 matlamat global dalam menyokong pembangunan selari dengan kelestarian alam dan masyarakat.

Rakan Kolaborasi